Megat's posts with tag: renungan

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag renungan
VideoIt is sad then as it is sad nowJun 10, '08 1:48 PM
for everyone
This is a video compilation of situation during 1990s'. As I browsed through it again, can't help but wonder that the situation is not much different probably worse.


Import.flv (7.3 MB)

VideoHave You Heard?Jun 10, '08 11:38 AM
for everyone
An islamic video developed by a muslim brother based on Zain Bikha's nasyid.


Import.flv (5.9 MB)

VideoA Video Response About HjiabJun 10, '08 6:45 AM
for everyone
This video is a response to a different video asking muslim women to remove their hijab. The amazing thing about the video is the person making the defense is actually a non-muslim but is wearing a hijab. Puzzled?


Import.flv (21.7 MB)

Blog EntryIsabella - Ada Apa Pada NamaMay 25, '08 2:03 PM
for everyone
Isabella.

Bila terbaca atau terdengar nama tuh, macam-macam kenangan dan idea keluar. Nama Isabella sahaja boleh diingati dan dikupas dari sudut hiburan, sejarah, novel, sajak dan etimologi.

Bagi yang satu generasi dan lahir satu kurun dengan saya (rasa tua lak kejap), mesti terkenang pasal lagu Isabella nyanyian Amy Search (lagu ini dinyanyikan pada tahun 1989 dan memenangi juara lagu popular muzik-muzik tahun tersebut). Terkenang satu zaman apabila rockers mula berpengaruh di kalangan anak-anak muda. Dengan rambut panjang dan seluar ketat gitu. Pompuan rambut ngerbang-ngerbang ala-ala Cindy Lauper atau Tina Turner. Kumpulan Search, Lefthanded, Wings, X.P.D.C etc etc menjadi buah mulut anak muda. Lagu-lagu rockers tapi berunsur kemaruk cintan. Tak kurang yang berangan nak jadik macam diaorang terutama pemain gitar Man Kidal, Kid dan mula duduk tepi parit sambil main gitar buruk.
Sekarang nih suma tuh dah takde, malah budaya lepak dah diupgrade ke shopping complex ngan nite club plak. Anyway, itu tajuk kemudian hari. Mungkin bagi kita yang tak ingat, waktu tuh jugak ada isu siapa yang sebenarnya menghasilkan Isabella dulu, lirik lagu Isabella karya Bob Lokman atau sajak Isabella Cintaku oleh Helmy Abdul Hadi.

Bila sebut pasal Isabella, mungkin ada yang akan teringat pulak heroin cerita Hati Bukan Kristal (1989) lakonan Julia Rais. Julia Rais jugak ada dalam video muzik lagu Isabella, agaknya sebagai Isabella la kut. Beliau jugak berlakon cerita Isabella (cerita JV antara Malaysia dan Indonesia) tapi rasa orang lain pegang watak Isabella (Nia Zulkarnaen) pada tahun 1990. Waktu tuh, ramai anak-anak muda memang rasa sesuwai sangat Julia Rais dikaitkan dengan Isabella. Tak kurang yang perasan dan mengharap. Kesemua perasaan tersebut hilang bagaikan debu ditiup angin dan harapan punah bagai layang-layang putus talinya apabila beliau berkahwin dengan kerabat diraja Pahang.

Bagi peminat sejarah Islam, nama Isabella juga membawa konotasi yang penuh makna. Teringat masa usrah kat sekolah menengah, ada sorang brother senior sambil marah-marah cakap “kamu suma nih nyanyi lagu Isabella, tau tak sapa Isabella nih? Dia nih ratu Sepanyol yang menghalau orang Islam dari bumi Sepanyol”. Malangnya waktu tuh takder internet jadik susah kami nak surf dan check kebenaran kata-kata abang senior kami nih. Waktu saya di universiti, apabila internet dah mula digunakan, antara nama pertama yang saya search kat Google adalah Isabella.

Ratu Isabella I of Castille dan suami beliau, Raja Ferdinand II of Aragon (bukan watak Lord of The Rings ya) dikenali di dalam bahasa Spanish sebagai Los Reyes Católicos atau The Catholic Monarchs. Kerajaan mereka telah melengkapkan misi Reconquista di Semenanjung Iberia dan penaklukan kota Granada pada tahun 1492 – lalu kejatuhan kerajaan Islam di Spain. Beliau juga merupakan penaung kepada misi pelayaran Christopher Columbus dan gerakan Roman Catholic Inquisition di Sepanyol. Di bawah polisi inilah, sejarah menyaksikan kekejaman ke atas umat Islam (sejarawan barat menamakan muslim ini moors) dan yahudi oleh Inquisitor General Dominican friar Tomás de Torquemada (sesiapa yang pernah menonton filem Mel Brooks History of The World mungkin akan teringat bagaimana watak Torquemada ini dipersendakan...namun tidak dikaitkan pula di dalam cerita ini Torquemada juga menyiksa orang Islam).

Walaubagaimanapun, tidak semuanya negatif berkenaan nama Isabella ini. Tidak lupa juga kisah Isabelle Eberhardt yang memeluk Islam pada tahun 1897 ketika melawat Utara Afrika. Beliau yang berasal dari Switzerland merupakan seorang jurnalis yang banyak menulis tentang Afrika Utara dan Islam. Antara karangan beliau yang dikenali, Nouvelles Algériennes ("Algerian News") (1905), Dans l'Ombre Chaude de l'Islam ("In the Hot Shade of Islam") (1906), and Les journaliers ("The Day Laborers") (1922). Kesemua karangan beliau hanya dikeluarkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1904 di Algeria.

Dan bagi peminat Novel Islam, Novel Isabella pasti menjadi ingatan. Watak utama di dalam novel ini adalah seorang gadis spain yang tertarik memeluk Islam setelah berdebat dengan Umar Lakhmi di Cordova. Ironiknya penulis novel menggunakan nama Isabella dan lokasi di Cordova, ketika zaman awal pemerintahan Islam di Spain. Sedangkan sejarah tahu bahawa nama yang sama merupakan “watak” utama dalam menjatuhkan kerajaan Islam Spain dengan penaklukan Istana AlHambra. Mungkin penulis ingin membawa maksud tersirat, nama yang sama boleh sahaja menjadi faktor kepada kebangkitan Islam di Spain suatu hari nanti Insya-Allah.

Panjang nak citer pasal novel ini, sebaiknya baca (boleh muat turun kat hyperlink ini – novel Isabella kredit darulislam) tapi bagi yang malaih nak baca, boleh la baca summary yang diolah dalam bentuk sajak oleh saudara Ridzal, Not Isabella 2005 dalam website beliau http://pachome2.pacific.net.sg/~ridzal/poetry.html

Dari segi etimologi pula, nama Isabella ini lebih berkait rapat dengan bahasa Hebrew Elisheva atau Elisheba, yang bermakna "My God is My Oath" or "My God is My Sustenance". Nama ini kemudiannya di”romanise”kan menjadi Elizabeth. Sekarang, kedua-dua nama Elizabeth dan Isabella ini diguna pakai secara berasingan. Kalau paling hampir dengan bahasa Arab adalah Al-Isabeth.

Apapun, memang menarik bila dikaji nama Isabella dengan lebih mendalam. Bagi mereka yang seangkatan dengan saya (rasa tua balik), nostalgia lagu Isabella akan sentiasa terngiang-ngiang. Pasti ada di kalangan kita nih yang pernah dedikasi lagu nih kepada ex marka dia bila nak berpisah. Hehe….klasik gitu.

Tanpa disedari, mungkin lagu karya Bob Lokman atau sajak karangan Helmy adalah hasil inspirasi novel Isabella karya Maulana Mohammad Saeed ini. Novel ini dikarang dalam Bahasa Urdu pada tahun 1974 dan diterjemahkan dalam bahasa melayu pada tahun 1988 – setahun sebelum lagu Isabella keluar. Satu kebetulan? Mungkin. Mungkin juga Bob Lokman terbaca novel ini, lalu terdetik minat untuk menggurindamkan nama Isabella ini dalam lagu tersebut.

Ya, andaikata Isabella yang dimaksudkan adalah Isabella novel, ia memang lambang cinta kita terhadap Islam. Kini, cara hidup kita ternyata berbeza dengan cara hidup Islam Isabella novel, dua dunia yang berbeza antara kita dan dia. Adat hidup kita yang kita lalui sekarang ini, memisahkan dengan corak hidup Islamik Isabella novel. Mungkin dengan ikhtiar dan keikhlasan kita, Allah swt akan memberi kekuatan untuk mengikuti jalan Islam yang diredhai Allah dan Insya-Allah, pintu hati kita akan terbuka dan setia bersama Islam yang dicintai. Mungkin chorus lagu Isabella, patut diubah sebegini kalau Isabella novel lah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Bob Lukman. Mungkin kemudian, baru hidup dan hala tuju kita seiringan. Mungkin ketika itu, akan terbentang jalan Insya-Allah.
~~~~~~~~~~
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatiku untukmu
Akan terbentang jalan
Andainya ku setia
Oh! Isabella....

 
Pikir-pikirla ya. Wallahua’lam.

Blog EntryWords of Wisdom - Part 3May 3, '08 7:05 AM
for everyone
“Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad (arah tuju)” --Ibn Qayyim
 
Ibnu Qayyim telah berjaya merumuskan penyakit hati dengan sebaiknya. Bagi yang membaca bimbingan mukmin karya Imam Ghazali dapat meringkaskan keseluruhannya seperti di atas. Hati memerlukan 2 "input", andaikata rosak salah satu daripadanya, maka rosaklah sebahagian jika tidak keseluruhan.
 
Ada yang hebat amalannya, boleh dikatakan abid yang taat. Tapi, akhirnya kecundang apabila berhadapan isu-isu seperti perkauman, keadilan etc.
Ada yang hebat berjuang untuk kebebasan, keamanan, ketenteraman macam superman atau spiderman...namun arah tuju mereka tidak membawa kebahagiaan di dunia apatah lagi di akhirat.
Ada yang terang-terang mengaku Al-Quran itu hebat dan tak mungkin ditulis oleh Rasul saw, tapi apabila diajak beriman diam seribu bahasa.
Ada yang begitu mudah berbicara tentang agama seakan-akan dia sorang yang betul, tetapi bersikap sombong, riak dan takabbur...kadang-kadang atas dasar beliau itu berbangsa yang mulia.
 
Di sinilah kepentingan menyampaikan iilmu dan nasihat yang bermanfaat serta memperingatkan diri, keluarga, teman dan masyarakat akan arah tuju yang hakiki. Apabila ini dijelaskan, apabila ini dipraktikkan, Insya-Allah lambat laun mesej ini akan kesampaian, jika tidak pada diri mereka...pasti anak cucu mereka akan terbuka hatinya. Apabila dah jelas arah tuju, apabila sudah menghayati dan menginsafi ilmu yang dipelajari...Insya-Allah terpeliharalah hati. Dan apabila terpelihara hati, maka terpeliharalah amalan dalam kehidupan seharian.
 
"Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, andaikata baik ia maka baiklah seluruh jasadnya dan apabila jahat ia maka jahatlah seluruh jasadnya. Sesungguhnya ia adalah hati."

Blog EntryTeka Teki Imam GhazaliMay 3, '08 6:50 AM
for everyone

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 

Diambil dari: http://ismakedah.wordpress.com/

 


I pray to Allah swt justice is served.


Import.flv (8.7 MB)

A must see. Speechless. Subhanallah.


Import.flv (6.0 MB)

VideoAsk Baba Ali - "Racism and Pride"Apr 19, '08 11:22 AM
for everyone
A good link. Baba Ali puts the issue of racism and pride in a light manner for us to reflect.


Import.flv (13.8 MB)

VideoDat Het Paradijs Voor Mij Zal ZijnApr 1, '08 10:57 PM
for everyone
Apabila kita terbaca atau terdengar tentang "movie"/cartoon/website yang menghina Islam, sebagai orang Islam hati kita pasti terguris. Dalam hal ini, saya juga begitu malah saya mengambil keputusan untuk tidak mendengar/membaca dan menyebarkan video/kartun berkenaan. Cuma saya kekadang pelik kenapa mereka tidak henti-henti menyerang atau menghina Islam....mungkin link kepada video di bawah adalah jawapan.


Import.flv (24.9 MB)

Blog EntryTahajud Manis Bila Terasa PerluFeb 22, '08 4:37 PM
for everyone

Sebagai manusia, kita berinteraksi dan jumpa macam-macam punya ragam manusia. Rasa sukar nak handle, hanya setiap kali puak nih tanya soalan, teringat pesanan orang alim sebelum ini yang pesan agar bersabar.

Dalam pikir-pikir nih, saya selalu cuba nak relate jika pengalaman saya nih ada dalam seerah Rasul saw. Rupanya ada. Rasul lagi hebat dakwahnya. Malah, tak keterlaluan nak dikatakan lagi pelik jenis manusia yang rasul jumpa. Yang ekstreme tuh tak yah cakapla. Banding pengalaman saya tuh, agaknya sangat la senang jika dibandingkan dengan suasana rasul saw.

Dalam suasana sebegitu, rasul saw sering bermunajat dan bertahajud kepada Allah. Benarlah tahajud nih memainkan peranan untuk member kekuatan kepada para daei. Dan baru saya faham, apabila kita dah terdesak dalam berinteraksi dengan manusia, dan kita rasa macam putus asa dan harapan, kita bangun sepertiga malam lalu bertahajud, mengadu kepada Allah lemah-Nya kita – baru terasa manis bertahajud.

Kalau dulu sekolah menengah ustaz-ustaz paksa kita bertahajud. Maka dengan mata separuh bukak kita pun paksa diri kita solat tahajud. Okla, at least tidur dalam aircond – bisik hati nak menyedapkan rasa.  Kalau sekolah tuh buat solat tasbih (yang tak pernah dibuat rasul saw), lagila hati bergelumang dengan perasaan hampeh. Masa tuh, tahajud dibikin kerana terpaksa. Tak terasa jiwa nih memerlukan Allah sebab tak terdesak. Tengok fizikal, macam solat. Tengok hati, hmm….Allah je tau.

Namun, apabila kita dewasa.. berkeluarga, bermacam-macam kesusahan menimpa hati. Dari hal-ehwal rumahtangga, pendidikan keluarga, sanak saudara, hal kerja, hal penyakit yang menimpa etc etc. Tak campur pasal dakwah pun. Masa tuh, kekadang terasa kesempitan hidup - mungkin bukan hal kewangan sahaja, tapi aspek lain dalam kehidupan. Rasa macam nak meluahkan perasaan, mengadu masalah pada yang memahami. Masa tuh, tahajud menjadi keperluan. Nangis macam nak rak mengadu kepada Allah tentang masalah. Semoga Allah permudahkan. Semoga Allah tunjuk jalan. Semoga Allah lembutkan hati. Semoga Allah sembuhkan penyakit. Ikutla apa harapannya.

Saya rasa, waktu tuh pasti ramai yang rasa tenang, especially lepas sapu tangan kat muka habis berdoa. Terasa dekat hati dengan Allah swt. Macam bermakna hidup, ada tempat mengadu direct. Tak perlu segan silu menangis sampai keluar hingus pun. Sebab kita pasti, tangisan kita ikhlas. Takde sapa nampak. Lantakla, janji puas hati. Gamaknya itula perasaan yang timbul.

Itulah manusia. Pada hemat saya, kekuatan dalam diri individu datang apabila ia merasa memerlukan kepada perkara tersebut. Bak kata Goku dalam Dragon Ball, “Power comes from need”. Apabila ia merasa perlu untuk dilakukan perubahan. Apabila ia merasa perlu mengadu kepada Allah. Apabila ia merasa perlu mengadap Pencipta-Nya kerana dah habis ikhtiar dan usaha. Apabila ia hanya meletakkan pengharapan kepada Allah swt untuk membantu dan menunjuk jalan keluar.

Jadi, bagaimana untuk kita ada kekuatan untuk bertahajud malam? Apabila kita menanam dalam diri kita sebagai hamba Allah, lalu timbul perasaan memerlukan rahmat dan bantuan Allah, maka timbullah perasaan perlu. Apabila jiwa kita sudah tunduk kepada kebesaran Allah, kita merasa perlu kepada Allah swt. Dari situ kita merasa, tak cukup solat lima waktu. Mahukan waktu tersendiri dengan Allah…dan waktu yang terbaik, sepertiga malam.

Mungkin baik saya ambik quote dari Ustaz Hasrizal masa beliau di Qatar sebagai penutup, "fizikal solat seperti solatnya nabi, tapi jiwa solat masih seperti jiwa tuan. Sedangkan rasul saw, jiwa baginda adalah jiwa hamba".

So, apabila ada perasaan hamba dalam diri, barulah merasa perlu kepada Allah. Bila merasa perlu kepada Allah, buatla apa ibadat sekalipun, pasti manis terasa.


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Modified from Mediterranean by John Whittet.
Originally on the CSS Zen Garden.
Used and Modified with permission from the author.