Megat's posts with tag: politik
Pagi esok waktu Malaysia, RPK akan dipanggil dan mungkin akan dipenjara. Berapa lama, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Saya bukanlah peminat RPK sangat, cuma dalam waktu Malaysia ketandusan media yang adil, bahan-bahan yang disediakan RPK di dalam blognya menjadi pembuka mata. Malah, tidak terlalu sukar saya katakan yang RPK telah menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia bersuara melalui blog, sama ada pro Pakatan Rakyat, pro BN atau berkecuali. Semua sudah berani bersuara. Ada perkara yang saya setuju dengan RPK, ada juga yang saya tidak setuju...namun apabila ketidakadilan berlaku, kita harus berpihak kepada mereka yang dizalimi. Itu jelas. Sama ada kita suka beliau atau tidak, itu harus ditolak ketepi. Jangan kerana kita bencikan seseorang, kita letak ke tepi neraca keadilan lalu sumbatkan seseorang ke dalam penjara. Kita harus berpegang pada prinsip dan bukan menilai dengan erti perkauman atau kepentingan diri. Apa yang membuatkan hati saya lebih terharu apabila membaca tulisan terakhir beliau (http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/7068/1/) dan kata-kata beliau yang lebih memilukan; "But I would enjoy going to jail for fulfilling my duty as a true Muslim under the mandatory fardu kifayah. So I await jail with glee in my heart" Sejarah telah membuktikan para salafussoleh bukan dipenjara kerana fardhu ain. Bukan kerana mereka tak sembahyang. Bukan kerana mereka tak pergi haji, tak puasa, tak bayar zakat. Tidak. Sejarah telah membuktikan ulama' yang terdahulu, sekarang dan akan datang dipenjara kerana "fardhu kifayah" yakni kerana berdakwah - amar ma'ruf dan nahi mungkar. Apabila suara kebenaran tidak boleh ditundukkan dengan kelembutan, kekuasaan memainkan peranan. Sesiapa yang sanggup dipenjara atas keyakinan beliau sebagai seorang muslim dan berjuang atas jalan Allah swt harus dihargai. Bukan senang nak cari orang sebegini, malah bukan senang nak cari orang yang berpendirian sebegini. Saya hanya kenal segelintir orang yang berprinsip sebegini dan saya sendiri belum tentu mampu berpendirian sebegini. Masuk rumah hantu dalam masa 15 minit pun takut apatah lagi nak masuk penjara tanpa had. Saya hanya mampu berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada beliau dan keluarga beliau. Semoga beliau tabah dan semoga Allah memberikannya "cahaya" dalam melalui cabaran dan dugaan hidup yang gelap ini.
14 April 2008, di Doha satu program diadakan bersama Ir Amiruddin Hamzah. Pada hari yang sama, program Black 14 dikelolakan di Kelab Sultan Sulaiman Selangor. Tapi ramai yang lupa, pada hari yang sama ada program 5 MB di Stadium Ipoh Perak. Sapa nak dengar MB Perak berucap, watch this link! Enjoy. Import.flv (11.2 MB)
Beliau adalah antara individu-individu yang masih berjawatan tinggi dan berani menziarahi Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika DSAI ditahan di penjara Sungai Buluh dahulu. Bukti persahabatan yang tidak mengenal senang dan susah. Sahabat saya ketika pergi ke rumah beliau pada malam pilihanraya 08 Mac 2008, berasa syukur kerana mendapati MB baru ini seorang yang peramah dan merendah diri. Bukan sahaja beliau, malah isteri beliau sampai masa pertama kali berjumpa sangkakan Puan Sri tuh ketua pembantu rumah. Rupa-rupanya memang ketua pun, bukan pembantu rumah tapi sebagai suri rumah. haha... Biodata beliau seperti di bawah dari link ini: http://www.pas.org.my/kenali_MB/kenali_MB.pdf  MB SELANGOR – Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban. Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003). Biodata Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975. Kerjaya Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad. Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC). Anugerah Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001. Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford . Politik Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad. Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik.
Sejarah penuh dengan kisah manusia yang naik turun naik. Lim Guan Eng salah seorang darinya. Membaca biodata MB Pulau Pinang, saya memang respect dengan orang yang sanggup dipenjarakan atas dasar prinsip. Lagi memeranjatkan, beliau rupanya belajar di universiti yang sama dengan saya - Monash University. Bezanya saya ambil course Engineering dan beliau accountancy. Saya setiausaha MUIS (Monash University Islamic Society) dan beliau Presiden MUISS (Monash University International Student Society). Ada link rupanya....:) Cerita seorang datin, "isy, tak sangka ya Lim nih pergi sambutan Maulidur Rasul...". Saya check internet, rupanya betul. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/21/nation/20713137&sec=nation CM sebelum nih tak pernah pergi rupanya. Biodata beliau seperti di bawah diambil dari link ini: http://www.pas.org.my/kenali_MB/kenali_MB.pdf MB Pulau Pinang – Lim Guan Eng Nama: Lim Guan Eng Tarikh Lahir: 08/12/1960 Status: Berkahwin dengan Betty Chew Gek Cheng Pendidikan: Sekolah Rendah – Sekolah Inggeris PJ La Salle & Batu Pahat Montfort Sekolah Menengah – Sekolah Tinggi Batu Pahat & Sekolah Tinggi Melaka Universiti – Monash University, Australia (Sarjana Muda Ekonomi) Kerjaya: Merupakan akauntan professional semenjak 1983. Bank Senior Executive. Politik: Ahli Parlimen Kota Melaka – 1986 hingga 1999 (3 penggal) Tahanan Politik (ISA) pada 27.10.1987 hingga 19.04.1989 (18 bulan) Dilantik sebagai Ketua Pemuda Socialis DAP pada 1992. Dilantik Sebagai Timbalan Setiausaha DAP pada 1995. Ditahan semula selama 18 bulan pada 25/08/1998 (Skandal Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik) Dilantik sebagai Setiausaha DAP pada 2004. Penglibatan Antarabangsa: Bekas Presiden MUISS (Monash University International Student Society).
Saya bersekolah di Kedah selama 5 tahun, 1990-1994. Selama 5 tahun duduk di Kedah (walaupun kat asrama), saya berasa tenang dan gembira. Mungkin kerana barang murah atau rakyat kedah peramah...pengalaman di kedah tetap menjadi ingatan. Teringat saya salah sorang rakan blogger saya cerita tentang ayah dia orang UMNO. Apabila MB Kedah baru diumumkan, dengan selamba ayah dia cakap, "nampak gaya ustaz nih lagi alim dari Pak Lah. Baguih la.". 8 Mac 2008, hari bersejarah buat rakyat Kedah khususnya. Di bawah adalah biodata beliau, diambil dari link di bawah. http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=352 | USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK | Umur : 64 Tahun
Pendidikan: Maktab Mahmud, Alor Setar (1966) Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar 1972 M.Phil In Law.Dept of Law Univercity of Kent Canterbury England 1978
Pengalaman Kerjaya: Pensyarah Ketua Jabatan Syariah UKM Pengarah Urusan Harakah
Pekerjaan Sekarang: Pesara Pensyarah / Pesara ADUN
Jawatan Dalam PAS: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Pesuruhjaya PAS Kedah Yang Dipertua PAS Yan
Penglibatan NGO: AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)
Pengalaman Antarabangsa: Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India Pembentangan Kertas Kerha di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983) Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995) Persidangan Islam Sedunia, Lunmam (2001) Conference of South East Asia Islamic Law, Manila
Hasil Penulisan Antarabangsa : Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, FIlipina 1986 Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program. |
Pilihanraya umum ke 12 menyaksikan rakyat Malaysia sudah mula bijak dan berfikiran kritikal dalam memilih pemimpin dan kerajaan. Syabas diucapkan. Saya tidak mahu menambah analisa-analisa politik yang sangat banyak dan mudah didapati di alam maya ini. Secara ringkas, beberapa sebab penting atas berlakunya keputusan ini adalah seperti berikut: - Kredibiliti Barisan Nasional terutama parti tunggaknya UMNO yang sering memainkan unsur perkauman dalam percaturan politik mereka. Tidak lupa sikap takbur di kalangan mereka.
- Isu inflasi, harga minyak, isu keselamatan, isu pendidikan, isu kehakiman, isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
- Internet sebagai media alternatif dan kempen pro parti pemerintah yang melampau dalam media perdana - bercetak mahupun radio dan televisyen
- Harapan kepada Barisan Rakyat/Barisan Alternatif khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim
- Perpecahan di dalam parti UMNO sendiri - tidak kurang di kalangan mereka yang tidak mengundi atau undi protes kerana kerakusan pemimpin-pemimpin tertentu. Peranan Tun Dr Mahathir yang secara langsung tidak menyebut sokonglah BN mungkin menjadi faktor.
Walaupun ini dianggap kejayaan kepada Negeri-negeri Koridor Demokrasi/Koridor Rakyat dan suara rakyat yang lebih demokratik di parlimen, kini tanggungjawab berat menanti Barisan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mengisi kemenangan pilihanraya ini berlandaskan keadilan yang saksama. Dalam pada itu, saya tertarik untuk berkongsi tentang peribadi MB Perak yang kesepuluh ini (walaupun sebenarnya yang kesembilan sebab Menteri Besar Perak yang kedua dan keenam adalah orang yang sama - YAB Mohd Ghazali B Jawi. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Chief_Ministers_of_Perak) Biodata MB Perak yang kesepuluh ini diambil dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah (http://inijalanku.wordpress.com/berita/kenali-mb-perak/). KAlau begini biodata Menteri Besar, terasa berat sangat bagi sesiapa yang akan menggantikan beliau nanti. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ | | Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran. Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak). Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri. Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. “Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan,” jelas Khalilul. “Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain,” ujar beliau. Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP). Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban. Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina, Tamil dan Arab. | ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Alhamdulillah dan Insya-Allah, saya sekeluarga akan pulang bercuti ke Malaysia malam ini. Saat yang dinanti-nantikan. Dah lama tak balik, ada la setahun lebih gak. Dah ada macam-macam dalam perancangan. Nak buat itulah, nak buat inilah, nak jumpa itulah, nak jumpa inilah. Kira, tak cukup masa dibuatnya. Selain dari berjumpa dengan keluarga tercinta dan sahabat handai, yang paling bermakna adalah mengundi untuk pilihanraya kali ini.  Tahun 1999, saya tak layak mengundi lagi atas sebab-sebab teknikal walaupun dari segi umur dah layak. Rasa kecewa juga tahun tuh kerana tak dapat bersama dengan rakan-rakan di Malaysia. Laungan reformasi masih kedengaran. Tahun 2004, saya tak dapat mengundi sebab menghadiri conference di bumi Qatar. Masih terngiang-ngiang dalam pemikiran saya dan rakan-rakan tekan refresh button nak tau results pilihanraya dari Internet booth di Sheraton Hotel. Berebut-rebut pergi internet booth. Akhirnya sedih walaupun tak terkejut dengan keputusan pilihanraya tahun tersebut. Tahun 2008, akhirnya saya dapat mengundi jua Insya-Allah. Rakan-rakan dah bagi hint bila pilihanraya dan Alhamdulillah kena pulak dengan perancangan keluarga. Kali ini, saya dapati Barisan Rakyat lebih berstrategi dalam bertindak. Semuanya tepat pada masanya. Internet telah digunakan sepenuhnya untuk menyuarakan pandangan dan sedikit sebanyak membuka mata masyarakat yang celik IT tentang kepincangan masyarakat. Bukan sahaja blog dan website biasa, tapi medium seperti Facebook, Friendster, Myspace suma nya dijadikan platform. Makin ramai generasi muda mula sedar kepentingan bersuara dan melahirkan pendapat. Tersenyum saya apabila melihat gelagat anak muda begitu bersemangat menyokong dan turun padang masa penamaan calon Nurul Izzah bagi kawasan Lembah Pantai. Mungkin ramai yang hairan, kenapa saya terlampau banyak menulis pasal politik? Kata nak focus dakwah jer? Kenapa harus melibatkan diri dalam politik? Kenapa harus mengambil endah tentang politik? Di duni a ini ada satu landasan umpama spektrum pelangi. Di hujung satu lan  dasan, terdapat manusia yang hanya menjaga kepentingan sendiri. Di hujung satu lagi spektrum terdapat manusia yang ikhlas menjaga hak-hak masyarakat. Itulah yang membezakan kita dan haiwan. Kita mempunyai pilihan nak berada di spektrum mana. Dalam hal politik pun sama. Namun, manusia sering men”generalize”kan mereka yang bergiat dalam politik hanya berada di hujung landasan yang penuh korupsi dan kekotoran. Kebanyakan manusia memandang politik dengan kaca mata yang hitam lagi dikaburi dengan pelbagai tujuan yang kotor, diselaputi dengan kehendak hawa nafsu, dendam kesumat dan hasad dengki. Namun mereka ini lupa, terdapat satu lagi hujung landasan yang kedapatan manusia yang ikhlas. Di hujung spectrum di sebelah lain inilah, terdapat manusia yang benar-benar ikhlas berjuang untuk masyarakat. Apakah hujung landasan tersebut?
Islam telah mewajibk  an umat Islam berterus terang menyatakan kebenaran, menyuruh kepada ma’ruf, melarang kemungkaran, tidak mengakui kezaliman seorang yang zalim sekalipun dari ahli keluarga sendiri, tidak tunduk kepada yang mengamalkan korupsi, bersuara menentang pemerintah yang tidak adil. Maka atas sebab-sebab itu Islam mewajibkan kesedaran politik dan bertindak atas batasan-batasan yang dibenarkan. Selagi itulah Islam memberikan hak kepada umat Islam untuk mengkritik ketua, pemerintah, raja, pemimpin, panglima, menteri, pembesar, pegawai dan setiap yang berkuasa di kalangan mereka. Ini adalah nilai-nilai universal dan menerobosi sempadan geografi, bangsa dan agama. Inilah hujung landasan yang berlawanan dengan definisi yang sering distigmakan oleh kebanyakan manusia. Namun, andaikata masih ada yang tak mahu menerima ada yang ikhlas berjuang untuk keadilan saksama, biarkanlah. Andaikata berjuang untuk memastikan keadilan tertegak dikatakan gimik politik, maka biarlah apa orang kata. Andaikata berjuang untuk memastikan kekayaan sama rata dan suara mereka yang miskin dibawa ke parlimen dikatakan gimik politik, maka biarlah apa orang kata. Andaikata berjuang untuk memastikan rakyat hidup bersatu padu, dalam keadaan tenteram, aman damai dan berkurangnya jenayah itu satu gimik politik, maka biarlah apa orang kata. Andaikata berjuang untuk memastikan media berlaku adil dalam membuat laporan, pendidikan yang lebih berkesan untuk generasi muda, pemulihan sistem kehakiman dan jentera polis itu satu gimik politik, maka biarlah apa orang kata kerana nama tidak penting, yang penting hanyalah isi dan tujuan yang jelas. Maka jika mereka yang mengundi ini dan menulis blog-blog seumpama ini dikatakan politikus dan terpedaya dengan fitnah pembangkang, maka Alhamdulillah merekalah sebenarnya politikus yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerana di sebelah hujung spectrum ini wujudnya manusia yang berlawanan – mereka yang benar-benar menceburi politik untuk kepentingan sendiri dan melupakan amanah mereka terhadap masyarakat. Nah, mereka yang di tengah landasan harus mengambil keputusan, yang mana satu piliha  n kalbu. Kerana sekalipun tidak mahu mengundi, yang rugi nanti pastilah keluarga dan diri sendiri. Kalau tak percaya, tanyalah Treebeard of Fangorn, watak pokok dalam siri Lord of The Rings – The Two Towers. Pokok-pokok dalam Lord of The Rings pun akhirnya terjun dalam kancah politik kerana tau kezaliman itu pasti akan dirasai oleh mereka yang neutral. Kalau pokok Treebeard pun akhirnya menentang parti Saruman, masakan kita tidak mampu melakukan. Pada awalnya mereka tak mahu terbabit dengan politik Middle Earth tapi akhirnya mereka berjuang bermati-matian sampai ada yang terbakar lalu "shahid" akibat panahan orcs-orcs Saruman. Sempat la baling sebuah batu kat orcs-orcs tuh. Ala kulli hal, maka jawapan kepada persoalan awal tadi, kenapa saya banyak sangat menulis isi-isi politik, jawapan yang jelas adalah ini kemampuan saya pada masyarakat dan ini adalah pilihan saya. Saya ingin berada di hujung spektrum bersama mereka yang ikhlas m  embantu masyarakat tanpa mengira warna kulit atau bahasa. Sekurang-kurangnya, kalau anak-anak saya dah besar nanti dan terjumpa site ayahnya, taula apa pendirian ayahnya nanti. Moga-moga, menimbulkan faham kepada anak-anak saya nanti. Cita-cita saya, hanya ingin melihat Malaysia ini negeri yang beragama dan tempat istirehat bagi orang-orang yang memerlukan. Saya hanya ingin melihat Malaysia menjadi negara yang mempunyai kehormatan, kekuatan dan kedaulatan yang jelas. Impian saya, ingin melihat keadilan tertegak di bumi Malaysia. Sistem pendidikan yang kukuh, sistem kehakiman yang telus, media massa yang tidak mementingkan berita sensasi semata-mata dan kehidupan rakyat yang penuh bermakna. Selamat menunaikan kewajipan. Selamat mengundi dan memilih calon yang terbaik. Salam perjuangan. Moga hari esok, menjanjikan suasana yang lebih baik buat negara kita Malaysia. 
Apakah definisi patriotik?
Andaikata patriotik bermakna melihat Malaysia berubah ke keadaan yang lebih baik, maka saya patriotik. Andaikata patriotik bermakna melihat keadilan tertegak di Malaysia, maka saya patriotik. Andaikata patriotik bermakna tiada lagi korupsi di Malaysia, maka saya patriotik. Andaikata patriotik bermakna membela mereka yang miskin, yatim, kanak-kanak tidak terjaga, maka saya patriotik. Andaikata patriotik bermakna mempertahankan perpaduan, hak asasi dan integriti, maka saya patriotik. Andaikata patriotik bermakna pengagihan kekayaan sama rata tanpa bertumpu pada satu pihak sahaja, maka saya patriotik. Andaikata patriotik bermakna pasukan polis yang bersih, pendidikan yang bermutu dan ekonomi yang kukuh di Malaysia, maka saya patriotik.
Undi untuk perubahan, buktikan kita patriotik. Import.flv (2.7 MB)
Pak la la la...Malaysian version to Obama's speech I guess? Import.flv (8.1 MB)
Excerpt from Zulkifli Nordin's blog (http://zul4kulim.blogspot.com/) ".....Di satu tempat di sebuah estet, satu orang aci jumpa saya masa buat lawatan. Dia pegang saya nala punya kuat..saya ingat dia nak ambik saya buat menantu. Tapi dia kata dia nak tolong saya..dia kata dia tahu saya takkan menang tapi dia mahu saya bawa suara orang kampong ke Parlimen. Dia buka dompet kecil dia..saya ingat dia nak hulur sireh. Tau tau dia bagi saya 30sen..itu sahaja yang dia mampu. Kalian tahu, nak menangis saya dibuatnya.. here one old Indian lady sacrificing her lunch money for me. It may not be a lot for most of you..but I tell you.. if you see their living condition..it is big sacrifice on her part to give me that 30 sen. You can see into her eyes..the eyes of hope..hoping that their little voices are heard.
Dan itulah perjuangan saya untuk membawa suara rakyat bawahan..suara marhaen..tangisan pak tani..rintihan aci, keluhan nyonya..biar suara-suara kerdil itu menggegar jiwa rakus di Parlimen sana..biar suara keramat marhaen merentas. And every single sen you people contribute will go a long way to help me carry those voices.
Thank you..seh seh..nandre..jazakallah..Makkhatal Sakhti..Peoples Power..Suara Rakyat Suara Keramat..
May ALLAH bless all of you.
Adios & Wassalam.
Zulkifli Noordin Calun P-18 Parlimen Kulim Bandar Baharu" Bila saya baca nih, speechless. Terus saya post pada blog saya...moga-moga kita semua dapat membantu.
If they can why we we can't? Import.flv (7.5 MB)
 “Buat apa la susah-susah mengundi?” “Saya sorang jer, tak terasa kalau saya tak undi.” “Ala, confirm BN menang, sama jer.” “Kalau undi pun, pengundi hantu lagi ramai.” "Sama jer dua-dua, hampeh belaka" "Bukannya berdosa tak gi undi. Dapat dosa ada la kut" "Janji diaorang tak kacau aku, aku tak kacau diaorang" "Ala bro, bukannya kita sokong BN, pembangkang pun hampeh. So, sapa aku nak undi? Baik duk rumah diam-diam." Itulah antara kata-kata yang boleh melemahkan semangat orang yang mendengar. Orang yang pada mulanya berkobar-kobar nak mengundi sampai boleh patah pensil 2B masa memangkah, boleh terasa luntur semangat bagaikan kain berwarna yang ditabur padanya peluntur klorox.  Bila dipikirkan secara rambang, ada sedikit kebenaran pada kata-kata tersebut. Yala, apala sorang manusia boleh buat ngan pilihanraya nih. Tapi, bila dikumpulkan sorang manusia nih menjadi ramai dan apabila diperhatikan dengan mata akal dan mata hati, kata-kata itu hanyalah alasan-alasan tidak bermakna bagaikan tin sardin kosong yang dah dibuang dalam tong sampah. Bukan tong sampah recycle, tapi tong sampah biasa yang ala-ala tak sanggup disentuh oleh pekerja paling rajin dalam Majlis Bandaraya sekalipun. Begitu hina alasan-alasan yang dikemukakan tadi! "Ish, bior bebenor kamu nih. Marah bebenor la tuh. Jangan la hina kami begitu sekali." Hmmm....biar statistic menjadi bukti: "Penduduk Malaysia lebih kurang 26 Juta. Dari 26 Juta nih, tolak buang anak-anak belum cukup umur kita assume 15 juta yang boleh mengundi. Dari 15 juta nih, adalah dalam 10 juta yang mendaftar untuk mengundi berdasarkan perangkaan yang dilaporkan. Dari jumlah ini, hanya 8 juta (80%) yang pergi mengundi. Dari 8 juta nih, 5 juta mengundi BN dan 3 juta mengundi pembangkang. Lebihan 2 juta nih la yang menyebabkan BN dapat majority untuk memerintah. Mana hilang 7 juta dari 15 juta yang layak mengundi tadi? Tolak 1000 lebih expatriate kat Qatar, 2000 lebih kat UAE etc yang tak dapat mengundi atas sebab-sebab teknikal, kita assume la 100-200 ribu expat Malaysia kat satu dunia, masih ada 6.8 million pengundi yang layak mengundi tapi tak mengundi atas alasan-alasan yang tak munasabah seperti di atas. Mereka nilah yang tak mengundi dan komen banyak pasal barisan nasional serta parti-parti alternative. Yang tujuh juta nih adalah orang yang tak rasa sapa-sapa patut jadi pemerintah sebab dua-dua pihak tak diundi. "  Kalau tak mau undi, takpe. Tapi jangan komen harga barang mahal. Jangan komen harga minyak melambung lepas pilihanraya. Jangan komen kalau tol-tol semakin mencanak-canak bayarannya. Jangan marah “pelajaran” terpaksa dibayar dengan harga tinggi. Jangan komen pemimpin rasuah. Jangan komen pemimpin korupsi. Jangan komen sistem kehakiman diperbodohkan. Jangan komen sistem pendidikan caca merba. Jangan komen jenayah semakin menjadi-jadi. Jangan komen nasib sebagai rakyat biasa macam diperdagangkan. Jangan komen media yang suka media utama yang sering memperbodohkan rakyat. Jangan komen AJK masjid diperpolitikkan dan ulama yang baik digam. Jangan komen jalan raya retak menanti belah. Jangan komen apa-apa; duduk diam-diam tepi tong sampah berisi tin sardin kosong tadi sambil tengok orang lalu lalang. Orang yang layak komen adalah orang yang bertindak untuk mengubah keadaan. Orang yang layak komen adalah orang yang mengambil langkah memangkah. Orang yang layak komen adalah orang yang tak segan silu memilih calon yang disukainya kerana sedar undi yang satu adalah A VOTE THAT CAN & WILL MAKE A DIFFERENCE! Undi yang satu, CAN & WILL MAKE A DIFFERENCE!  Biasanya, yang tak nak undi nih lah yang paling banyak komen tapi bila disuruh turun mengundi, bagi seribu satu alasan. Walhal, bila kewajipan Afundi untuk Akademi Fantasia tiba, iishh, sanggup SMS 5 kali sehari (itu minimum, saya dah jumpa orang SMS 20 kali sehari!) malah pengorbanannya boleh sampai ke tahap naga gitu. Sapa yang untung, mereka dan keluarga mereka. Bukan penyanyi dan keluarga penyanyi tuh pun, orang yang memperdagangkan bakat diaorang yang untung. “Akademi Fantasia lain la bro.” Apa lain-lain? Sama sahaja konsepnya. Demi TV realiti, kita memilih dan mengundi orang yang kita rasa layak menang. Pilihanraya tak gitu? Demi AFUNDI dan artis yang diminati, kita bertungkus lumus berkempen untuk penyanyi kita malah hentam penyanyi-penyanyi lain. Pilihanraya tak gitu? Demi AFUNDI, kita buat Fan Club sampai bergaduh-gaduh dengan Fan Club lain. Kita masukkan dalam blog dan website sendiri dan puji serta puja habis penyanyi-penyanyi picisan ini. Pilihanraya tak gitu? Bezanya, AFUNDI kita keluar duit manakala pilihanraya kalau kita sendiri yang tak bertanding dan bantu calon secara direct, kita cuma perlu pangkah sebagai modal. Tak keluar satu sen pun. Bezanya, di dalam pilihanraya, memang ada calon yang ikhlas nak bantu kita keluar dari masalah-masalah yang kita hadapi di Malaysia. Artis AFUNDI ada gitu? Bezanya, AFUNDI untuk berhibur manakala pilihanraya adalah perkara serius yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Nah..mana yang lebih penting. "Oklah, gua accept your argument, tapi bro..apapun silap bro la." "Kenapa la pulak?" "Awat tak bagitau awal-awal, gua tak daftar untuk mengundi lagi." Hmm....bab-bab ni lah saya bersyukur takde botol kicap kat tangan saya....
| |