Megat's posts with tag: kenangan

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag kenangan
Blog EntryTime to let go....Jun 25, '08 2:50 PM
for everyone

Banyak makna time "to let go" nih. That term, probably was the last straw which influenced me to resign from PETRONAS. Buat masa nih, I'll keep that part of my life in my other journal.

Beberapa minggu kebelakangan ini, agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sama ada di pejabat atau dengan anak-anak. Penat jugak. Tambah pulak dengan berita "resign" dan movement beberapa rakan di pejabat, realiti kerja makin mencabar.

So, apa kena mengena dengan term "time to let go"? For now, it only means I'm going to Mekah to perform umrah with my family. So, masa untuk melupakan segala-segalanya buat sementara waktu dan merenung masa depan...

Insya-Allah, apabila dah selesai saya akan kupas tentang "time to let go" ini dengan lebih mendalam.

Feel free to listen and download Ustaz Anwar Awlaki's tazkirah about understanding Quran below.

Understanding quran

 

 


Blog EntryIsabella - Ada Apa Pada NamaMay 25, '08 2:03 PM
for everyone
Isabella.

Bila terbaca atau terdengar nama tuh, macam-macam kenangan dan idea keluar. Nama Isabella sahaja boleh diingati dan dikupas dari sudut hiburan, sejarah, novel, sajak dan etimologi.

Bagi yang satu generasi dan lahir satu kurun dengan saya (rasa tua lak kejap), mesti terkenang pasal lagu Isabella nyanyian Amy Search (lagu ini dinyanyikan pada tahun 1989 dan memenangi juara lagu popular muzik-muzik tahun tersebut). Terkenang satu zaman apabila rockers mula berpengaruh di kalangan anak-anak muda. Dengan rambut panjang dan seluar ketat gitu. Pompuan rambut ngerbang-ngerbang ala-ala Cindy Lauper atau Tina Turner. Kumpulan Search, Lefthanded, Wings, X.P.D.C etc etc menjadi buah mulut anak muda. Lagu-lagu rockers tapi berunsur kemaruk cintan. Tak kurang yang berangan nak jadik macam diaorang terutama pemain gitar Man Kidal, Kid dan mula duduk tepi parit sambil main gitar buruk.
Sekarang nih suma tuh dah takde, malah budaya lepak dah diupgrade ke shopping complex ngan nite club plak. Anyway, itu tajuk kemudian hari. Mungkin bagi kita yang tak ingat, waktu tuh jugak ada isu siapa yang sebenarnya menghasilkan Isabella dulu, lirik lagu Isabella karya Bob Lokman atau sajak Isabella Cintaku oleh Helmy Abdul Hadi.

Bila sebut pasal Isabella, mungkin ada yang akan teringat pulak heroin cerita Hati Bukan Kristal (1989) lakonan Julia Rais. Julia Rais jugak ada dalam video muzik lagu Isabella, agaknya sebagai Isabella la kut. Beliau jugak berlakon cerita Isabella (cerita JV antara Malaysia dan Indonesia) tapi rasa orang lain pegang watak Isabella (Nia Zulkarnaen) pada tahun 1990. Waktu tuh, ramai anak-anak muda memang rasa sesuwai sangat Julia Rais dikaitkan dengan Isabella. Tak kurang yang perasan dan mengharap. Kesemua perasaan tersebut hilang bagaikan debu ditiup angin dan harapan punah bagai layang-layang putus talinya apabila beliau berkahwin dengan kerabat diraja Pahang.

Bagi peminat sejarah Islam, nama Isabella juga membawa konotasi yang penuh makna. Teringat masa usrah kat sekolah menengah, ada sorang brother senior sambil marah-marah cakap “kamu suma nih nyanyi lagu Isabella, tau tak sapa Isabella nih? Dia nih ratu Sepanyol yang menghalau orang Islam dari bumi Sepanyol”. Malangnya waktu tuh takder internet jadik susah kami nak surf dan check kebenaran kata-kata abang senior kami nih. Waktu saya di universiti, apabila internet dah mula digunakan, antara nama pertama yang saya search kat Google adalah Isabella.

Ratu Isabella I of Castille dan suami beliau, Raja Ferdinand II of Aragon (bukan watak Lord of The Rings ya) dikenali di dalam bahasa Spanish sebagai Los Reyes Católicos atau The Catholic Monarchs. Kerajaan mereka telah melengkapkan misi Reconquista di Semenanjung Iberia dan penaklukan kota Granada pada tahun 1492 – lalu kejatuhan kerajaan Islam di Spain. Beliau juga merupakan penaung kepada misi pelayaran Christopher Columbus dan gerakan Roman Catholic Inquisition di Sepanyol. Di bawah polisi inilah, sejarah menyaksikan kekejaman ke atas umat Islam (sejarawan barat menamakan muslim ini moors) dan yahudi oleh Inquisitor General Dominican friar Tomás de Torquemada (sesiapa yang pernah menonton filem Mel Brooks History of The World mungkin akan teringat bagaimana watak Torquemada ini dipersendakan...namun tidak dikaitkan pula di dalam cerita ini Torquemada juga menyiksa orang Islam).

Walaubagaimanapun, tidak semuanya negatif berkenaan nama Isabella ini. Tidak lupa juga kisah Isabelle Eberhardt yang memeluk Islam pada tahun 1897 ketika melawat Utara Afrika. Beliau yang berasal dari Switzerland merupakan seorang jurnalis yang banyak menulis tentang Afrika Utara dan Islam. Antara karangan beliau yang dikenali, Nouvelles Algériennes ("Algerian News") (1905), Dans l'Ombre Chaude de l'Islam ("In the Hot Shade of Islam") (1906), and Les journaliers ("The Day Laborers") (1922). Kesemua karangan beliau hanya dikeluarkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1904 di Algeria.

Dan bagi peminat Novel Islam, Novel Isabella pasti menjadi ingatan. Watak utama di dalam novel ini adalah seorang gadis spain yang tertarik memeluk Islam setelah berdebat dengan Umar Lakhmi di Cordova. Ironiknya penulis novel menggunakan nama Isabella dan lokasi di Cordova, ketika zaman awal pemerintahan Islam di Spain. Sedangkan sejarah tahu bahawa nama yang sama merupakan “watak” utama dalam menjatuhkan kerajaan Islam Spain dengan penaklukan Istana AlHambra. Mungkin penulis ingin membawa maksud tersirat, nama yang sama boleh sahaja menjadi faktor kepada kebangkitan Islam di Spain suatu hari nanti Insya-Allah.

Panjang nak citer pasal novel ini, sebaiknya baca (boleh muat turun kat hyperlink ini – novel Isabella kredit darulislam) tapi bagi yang malaih nak baca, boleh la baca summary yang diolah dalam bentuk sajak oleh saudara Ridzal, Not Isabella 2005 dalam website beliau http://pachome2.pacific.net.sg/~ridzal/poetry.html

Dari segi etimologi pula, nama Isabella ini lebih berkait rapat dengan bahasa Hebrew Elisheva atau Elisheba, yang bermakna "My God is My Oath" or "My God is My Sustenance". Nama ini kemudiannya di”romanise”kan menjadi Elizabeth. Sekarang, kedua-dua nama Elizabeth dan Isabella ini diguna pakai secara berasingan. Kalau paling hampir dengan bahasa Arab adalah Al-Isabeth.

Apapun, memang menarik bila dikaji nama Isabella dengan lebih mendalam. Bagi mereka yang seangkatan dengan saya (rasa tua balik), nostalgia lagu Isabella akan sentiasa terngiang-ngiang. Pasti ada di kalangan kita nih yang pernah dedikasi lagu nih kepada ex marka dia bila nak berpisah. Hehe….klasik gitu.

Tanpa disedari, mungkin lagu karya Bob Lokman atau sajak karangan Helmy adalah hasil inspirasi novel Isabella karya Maulana Mohammad Saeed ini. Novel ini dikarang dalam Bahasa Urdu pada tahun 1974 dan diterjemahkan dalam bahasa melayu pada tahun 1988 – setahun sebelum lagu Isabella keluar. Satu kebetulan? Mungkin. Mungkin juga Bob Lokman terbaca novel ini, lalu terdetik minat untuk menggurindamkan nama Isabella ini dalam lagu tersebut.

Ya, andaikata Isabella yang dimaksudkan adalah Isabella novel, ia memang lambang cinta kita terhadap Islam. Kini, cara hidup kita ternyata berbeza dengan cara hidup Islam Isabella novel, dua dunia yang berbeza antara kita dan dia. Adat hidup kita yang kita lalui sekarang ini, memisahkan dengan corak hidup Islamik Isabella novel. Mungkin dengan ikhtiar dan keikhlasan kita, Allah swt akan memberi kekuatan untuk mengikuti jalan Islam yang diredhai Allah dan Insya-Allah, pintu hati kita akan terbuka dan setia bersama Islam yang dicintai. Mungkin chorus lagu Isabella, patut diubah sebegini kalau Isabella novel lah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Bob Lukman. Mungkin kemudian, baru hidup dan hala tuju kita seiringan. Mungkin ketika itu, akan terbentang jalan Insya-Allah.
~~~~~~~~~~
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatiku untukmu
Akan terbentang jalan
Andainya ku setia
Oh! Isabella....

 
Pikir-pikirla ya. Wallahua’lam.

Photo AlbumA year that was - 1995 (11 photos)May 2, '08 1:41 PM
for everyone

A year after SPM 1994. A year before I met my lovely wife in 1996. A really honeymoon and full of culture shock year. A year still without handphone and having a computer is still considered a luxury. Somehow manage to survive all the rigorous physics calculation by hand. Go figure. New friends. New experience. It was a year that was.

VideoMemories - Music Video Feb 16, '08 7:15 AM
for everyone
Music video developed dedicated for my children, with background song from Yusuf Islam oldies song, Father & Son.


For children_0001.wmv (6.2 MB)

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Modified from Mediterranean by John Whittet.
Originally on the CSS Zen Garden.
Used and Modified with permission from the author.