Belakang dari kiri:
Saiful Izan(roni), Sharul Adi, Yusaidi Amil, Rizal, Azharudin, Megatar, rohaizad (bob),
Depan:
Salleh Azwa, Unknown entity, Rashidi, Azizul, Azwira
*Unknown entitiy ni kalu tk silap budak pendeta kelas 1Z/english set 1. lupa dah nama dia. dia brenti awal pasal pe ntah. homsik kot.
Gambar ni ade satu persamaan je. Semua dari kelas 1 Zuhal. Masa kita form 1, kelas 1 zuhal gabung dgn kelas 1 kejora bersih masjid sebelum jumaat.1M dgn 1N minggu seterusnya. Kalau tk silap la. Lepas kelas tajwid semua kena pergi masjid bersihkan ape yg patut. Tapi napa tkde gambar geng 1K masa tu? Sbb masa tu geng 1K dgn 1N tk masuk lagi. Geng 1Z dgn 1M masuk 1 jan 90. Encik Faizal Shah jek yg masuk lambat sket sbb sakit demam campak. Betul tak encik faizal shah? Tak ingat bila geng 1K dgn 1N masuk. Tapi few months lepas tu la. Gambar ni diambik mungkin dalam minggu2 pertama baru masuk. Masa tu geng2 usrah seperti encik farizal (andeka 88-92), encik husni ( wira 86-90) dgn sorang lagi bro umah Satria 86-90 tu tapi tk ingat nama yg selalu handle bab2 bersihkan masjid ni. Satu hari tu nak bersihkan menara ni la so geng2 ni la kena naik atas. Yg ambik gambar ni encik Husni kot. Tk pun Farizal. Ketika itu bro2 usrah ni begitu mengkagumi kutulusan dah keikhlasan mereka2 ini yg begitu iklhlas membersihkan masjid. Terbukti pada wajah yg seolah2 begitu segar dari ladang, bersih dan suci tanpa was was. Tu belum gambar pakai serban lagik. ehehe. Kasi upload la gambar serban tu sapa sapa pon.
Napa sharul adi dipanggil torey?. Actually tu bukan la nama buruk2. Tahun 90 tu kan ade world cup italia'90. Memandangkan kehebatan world cup tu maka encik sharul adi mengambil keputusan membeli sepasang kasut boot puma yg begitu kalerful skali utk memeriahkan lagik main bola petang2. Ade kaler biru putih merah kat depan boot tu. Begitu kalerful sekali boot itu hingga memudarkan kehebatan boot puma maradona kepunyaan encik sofian yg hanya ade kaler hitam putih dan kuning florosen sket2. Encik Sharul Adi lantas sering menggayakan teknik permainan pemain yg paling dikaguminya ketika itu yg menjadi hero Itali dalam Italia'90. Seorang rakan baik nye dan teman sepermainan dan sekelas iaitu encik Yusaidi begitu memahami kehendak ati encik Sharul Adi lantas memutuskan untuk memanggilnye sempena nama pemain lagenda Itali tersebut, Itulah dia Salvatore Schilachi yg diringkaskan menjadi Tore (evolusi menjadi Torey setelah masa 17 thn berlalu). Demikian la adenye. ehehe.