Blog EntryFrom the Bottom of My Heart, I Salute You - RPKMay 5, '08 12:12 PM
for everyone

Pagi esok waktu Malaysia, RPK akan dipanggil dan mungkin akan dipenjara. Berapa lama, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Saya bukanlah peminat RPK sangat, cuma dalam waktu Malaysia ketandusan media yang adil, bahan-bahan yang disediakan RPK di dalam blognya menjadi pembuka mata. Malah, tidak terlalu sukar saya katakan yang RPK telah menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia bersuara melalui blog, sama ada pro Pakatan Rakyat, pro BN atau berkecuali. Semua sudah berani bersuara.

Ada perkara yang saya setuju dengan RPK, ada juga yang saya tidak setuju...namun apabila ketidakadilan berlaku, kita harus berpihak kepada mereka yang dizalimi. Itu jelas. Sama ada kita suka beliau atau tidak, itu harus ditolak ketepi. Jangan kerana kita bencikan seseorang, kita letak ke tepi neraca keadilan lalu sumbatkan seseorang ke dalam penjara. Kita harus berpegang pada prinsip dan bukan menilai dengan erti perkauman atau kepentingan diri.

Apa yang membuatkan hati saya lebih terharu apabila membaca tulisan terakhir beliau (http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/7068/1/) dan kata-kata beliau yang lebih memilukan;

"But I would enjoy going to jail for fulfilling my duty as a true Muslim under the mandatory fardu kifayah. So I await jail with glee in my heart"

Sejarah telah membuktikan para salafussoleh bukan dipenjara kerana fardhu ain. Bukan kerana mereka tak sembahyang. Bukan kerana mereka tak pergi haji, tak puasa, tak bayar zakat. Tidak. Sejarah telah membuktikan ulama' yang terdahulu, sekarang dan akan datang dipenjara kerana "fardhu kifayah" yakni kerana berdakwah - amar ma'ruf dan nahi mungkar. Apabila suara kebenaran tidak boleh ditundukkan dengan kelembutan, kekuasaan memainkan peranan.

Sesiapa yang sanggup dipenjara atas keyakinan beliau sebagai seorang muslim dan berjuang atas jalan Allah swt harus dihargai. Bukan senang nak cari orang sebegini, malah bukan senang nak cari orang yang berpendirian sebegini. Saya hanya kenal segelintir orang yang berprinsip sebegini dan saya sendiri belum tentu mampu berpendirian sebegini. Masuk rumah hantu dalam masa 15 minit pun takut apatah lagi nak masuk penjara tanpa had. Saya hanya mampu berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada beliau dan keluarga beliau. Semoga beliau tabah dan semoga Allah memberikannya "cahaya" dalam melalui cabaran dan dugaan hidup yang gelap ini.


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Modified from Mediterranean by John Whittet.
Originally on the CSS Zen Garden.
Used and Modified with permission from the author.